Naik dengan kelajuan lapan meter setiap saat untuk sampai ke The View at 118
Hanya mengambil masa 65 saat untuk sampai ke The View at 118, dek pengamatan Merdeka 118 dari lantai bumi, menurut Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud, ketua pegawai eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd semasa lawatan media ke menara kedua tertinggi di dunia semalam.