- “Kita perlu mendidik pasaran kerana kedua-dua pembeli dan penjual perlu dimaklumkan tentang apa yang sedang berlaku, apakah lokasi pilihan terbaik dan sebagainya."
PETALING JAYA (Nov 14): IM Global Property Consultants Sdn Bhd (IM Global) telah menetapkan beberapa matlamat selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan EdgeProp, dan salah satunya adalah untuk berhubung dengan lebih ramai pembeli dan penjual bumiputera dalam pasaran hartanah.
“Segmen bumiputera M40 sentiasa menggunakan media tradisional sebagai sumber maklumat. Malah para graduan muda dan orang yang bekerja dengan kerajaan atau swasta biasanya melihat akhbar Melayu apabila mencari hartanah.
“Tetapi akhbar-akhbar konvensional kini semakin ‘usang’ dan pengedarannya semakin berkurangan. Jadi sudah tiba masanya untuk mereka beralih kepada teknologi, dan di sinilah EdgeProp dan IM Global boleh bekerjasama,” kata pengasas dan pengarah urusan IM Global Tuan Haji Ishak Ismail.
Ishak juga melihat kerjasama itu sebagai “peluang memanfaat bersama bagi jenama kami dan bagi EdgeProp dengan pelanggan kami yang sedia ada”.
“Golongan T20 sentiasa melihat EdgeProp.my sebagai rujukan atau sebagai enjin carian untuk mereka melihat hartanah atau membaca sebarang berita tentang hartanah. Bagi kami, kami akan mengambil peluang ini untuk memanfaatkannya dengan bekerjasama dengan EdgeProp,” kata Ishak.
“Segmen bumiputera bagi saya adalah sangat penting kerana kita secara asasnya perlu mengimbangi komuniti dari segi pemilikan hartanah. Ia adalah satu cara kerajaan memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat.
“Saya rasa golongan bumiputera harus melihat usaha kerajaan dari sudut ini dan juga bahawa lama-kelamaan, hartanah boleh menjadi menjadi aset yang baik dengan nilai meningkat,” katanya.
“Dengan kekuatan semasa kami yang mempunyai lebih beberapa ratus ejen bumiputera, [bersama dengan EdgeProp,] kami akan dapat membantu pelanggan kami menjual unit kepada golongan bumiputera dengan cepat.”
Manfaat sebagai instrumen pendidikan
Mendidik orang ramai tentang hartanah juga adalah sesuatu yang dekat di hati Ishak dan di sini juga dia melihat peranan EdgeProp.
“Kita perlu mendidik pasaran kerana kedua-dua pembeli dan penjual perlu dimaklumkan tentang apa yang sedang berlaku, apakah lokasi pilihan terbaik dan sebagainya. Kita perlu sentiasa, selain latihan atau seminar, mempunyai berita-berita hartanah yang terkini. Jadi, saya rasa EdgeProp mempunyai kepakaran seperti itu dan kami juga boleh membantu untuk menyebarkan maklumat ini kepada pelanggan kami,” jelasnya.
“Pembeli kemudiannya akan dibekalkan dengan maklumat dan pengetahuan yang betul untuk memilih hartanah terbaik, dan IM Global disokong oleh penilai hartanah, ejen hartanah dan pengurus hartanah yang boleh membantu memberikan kemas kini pasaran dan gambaran keseluruhan kepada pelanggan kami melalui EdgeProp.my.
“Dengan kerjasama ini, sudah tentu kedua-dua pihak akan mendapat manfaat. Dan akhirnya, pembeli dan penjual akan mendapat manfaat yang paling banyak,” kata Ishak.
Dan kita tidak boleh lupa para ejen-ejen yang melaksanakan jualan. “Pada asasnya kami mahu mengukuhkan IM Global serta membawa masuk teknologi baharu untuk membantu ejen, perunding hartanah, ejen hartanah sementara dan pasukan kami untuk mendapat lebih banyak jualan dengan lebih cekap dan juga menjangkau pelanggan kami dengan maklumat yang betul sambil menerima input cepat. Itulah bagaimana saya fikir kerjasama dengan EdgeProp akan membantu kami,” tambahnya.
IM Global telah diperbadankan pada tahun 2005. Sejak itu, ianya telah berkembang kepada 10 cawangan di seluruh Malaysia termasuk yang baru dibuka di Kuching, Sarawak. Ia juga telah diperbadankan di London untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di UK atau rakyat Malaysia tempatan yang mencari hartanah di UK.
Sementara itu, ketua pembangunan perniagaan EdgeProp Nimalen Parimalam melihat kerjasama portal itu dengan IM Global sebagai permulaan baru.
“IM Global mempunyai matlamat yang tinggi dengan kerjasama dengan EdgeProp ini, salah satunya ialah penembusan yang lebih besar ke dalam segmen hartanah bumiputera.
“EdgeProp lebih dari bersedia untuk tugasan itu, terutamanya dengan alatan berkuasa dan platform mesra-pengguna kami,” kata Nimalen.
“Saya hanya boleh melihat masa hadapan yang cerah untuk kedua-dua syarikat kami.”
TOP PICKS BY EDGEPROP
Country Garden Central Park Phase 1
Johor Bahru, Johor
Flat PKNS AU3 (Blok 7 - 15)
Keramat, Kuala Lumpur
Amber Residence @ twentyfive.7
Kota Kemuning, Selangor
Setia Indah
Setia Alam/Alam Nusantara, Selangor