Apakah Dasar Komuniti Negara?
DKN dirumuskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan tujuan untuk memperbaiki hidup golongan berpendapatan rendah (B40) yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Dasar ini mempunyai enam matlamat, iaitu:
- Mengubah pemikiran masyarakat PPR
- Memperkasakan masyarakat PPR untuk meneraju dan bertanggungjawab terhadap penyelengaraan kediaman dan kawasan-kawasan umum yang dikongsi
- Memupuk semangat kekitaan dan pemilikan di kalangan masyarakat PPR
- Memperkasakan masyarakat PPR untuk saling menyayangi dan menjaga satu sama lain
- Memupuk pergaulan yang bermakna sesama penghuni PPR
- Mengajar penghuni PPR untuk berhubung dengan sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan untuk membina masyarakat yang tahan lasak